Cikgu Rumainno

KENANGAN TERINDAH PENUTUP TAHUN 2022 | MENYAHUT CABARAN DUNIA DIGITAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA PEMBUKA TIRAI 2023

 


ASSALAMUALAIKUM & SALAM TAHUN BAHARU 2023

   
Keinginan cikgu untuk memiliki blog yang ada dotcom memang dah lama sgt cikgu  idamkan...AKHIRNYA lahirlah www.cikgurumaino.com dipenghujung tahun 2022 ini sebagai pembuka tirai tahun 2023. Kenapa cikgu kata lama? Bayangkan??? Cikgu mula bermain dengn dunia membina laman web/portal/blog darI zaman sekolah menengah sekitar tahun 1999/2000. Dah pelbagai blog cikgu buat tapi takda la seaktif mana..blog lama lebih kpd diari hidup je dulu...haha

Memang minat dalam dunia IT ni dari zaman sekolah menengah lagi...Pada ketika itu dibimbing oleh cikgu Mustapha Ilias Guru Komputer merangkap Guru Fizik cikgu di SM Sains Machang..Beliau la yang mencetus kan kami dalam dunia IT yang mana pada ketika itu Teknologi Mak;umat belum pesat lagi di Malaysia.

Dari situ la cikgu banyak belajar sendiri selok belok dalam membuat blog/portal tanpa menghadiri mana2 kelas yang berbayar....

ALHAMDULILLAH...Pertemuan cikgu dengan Akademi Youtuber yang dipimpin oleh Cikgu Suffi , Cikgu Zuly dan Cikgu Abe Mat...Hasil dorongan dari mereka dan adikberadik AYU yang lain maka terbakarlah lagi semangat cikgu nk berblog...

"2022 telah melabuhkan tirainya...2023 pon telah membuka tirainya"

Cikgu harap bermula tahun baharu 2023 ini cikgu dapat manafaatkan blog ini kepada dunia pendidikan kita khususnya dan netizen Malaysia umumnya...DOAKAN cikgu agar istiqamah dalam menghasilkan konten yang memberi manafaat kepada semua.AMIN


-CIKGU RUMAINNO-
-1 JANUARI 2023-
01.46PAGI

Post a Comment

4 Comments

Cikgu Rumainno